Dalil-dalil Kewujudan Tuhan Tuhan

Kewujudan Tuhan sebenarnya sesuatu yang bukan-empirik. Orang yang hidup biasanya tidak akan menjumpai tuhan melalui matanya sendiri. Tetapi, walaupun demikian, kebanyakan manusia adalah yakin kepada wujudnya tuhan dan mengemukakan pelbagai dalil untuk kewujudan tuhan. Contohnya:

  • Dalil Logik Sesuatu yang tidak dapat dilihat atau kesan tidak semestinya tiada. Sekiranya kita tidak dapat melihat atau mengesan nyawa, tidak bererti nyawa itu tidak wujud. Sekiranya cetusan eletrik dalam otak diukur sebagi nyawa, komputer yang mempunyai prinsip yang sama masih tidak dianggap bernyawa.
  • Dalil Kejahatan di Dunia Tuhan telah memberi peringatan agar manusia berbuat baik sesama manusia, dengan amaran siksaan yang keras kepada mereka yang ingkar. Adanya kejahatan yang diamalkan oleh manusia di bumi adalah pilihan manusia itu sendiri. Kejahatan adalah keadaan di mana ketiadaan kebaikan. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
  • Dalil Kesempurnaan Tuhan adalah sempurna dari segala sifat kecacatan. , dengan itu mengatakan Tuhan tidak mampu adalah salah, sebagai contoh "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?" menunjukkan keinginan meletakkan sifat manusia kepada Tuhan. Berat adalah hukum yang dicipta Tuhan, apa yang berat di bumi tidak bererti di angkasa. Berat tidak membawa apa-apa erti di alam ghaib.
  • Dalil Kosmologikal
    Dari segi kosmologi, Tuhan seharusnya wujud sebagai punca kepada kewujudan alam. Dengan premis "segala sesuatu itu berpunca", maka adalah tidak masuk akal untuk mengatakan alam ini wujud tanpa mempunyai punca,yakni Tuhan. Di alam ini semuanya tersusun dengan hukum-hukum yang tertentu dengan ketentuan Tuhan, yang mana dari segi sains pula dikenali sebagai hukum alam.
  • Dalil Antropofik
    Kewujudan manusia dan fitrahnya untuk mengenal tuhan sudah membuktikan kewujudan Tuhan.
  • Dalil Fungsi Moral
    Kemoralan manusia tidak laku jika tuhan tidak wujud.
  • Dalil Majoriti
    Kebanyakan orang percaya kepada kewujudan tuhan, maka kemungkinan besar Tuhan wujud.

Sains hanya menerangkan sesuatu kejadian, sebagai contoh sains menerangkan bahawa cahaya bergerak lurus. Tetapi sekiranya Tuhan kehendaki, ia mampu memesongkan cahaya, dan sains akan menerangkan hal ini dengan mengeluarkan satu teori / hukum baru bagi menjelaskannya. Ini kerana masing-masing cuba menerangkan sesuatu dengan ilmu yang mereka ada, ahli kimia akan menerangkan dari segi kimia, ahli fizik dari segi fizik, masing-masing terhad pada pengetahuan mereka.